Sunday, August 22, 2010

Convocation Sketch

tugasan ini, sangat menyeronokkan, sepanjang minggu konvokesyen kami di minta untuk mengambil beberapa gambar yang berkaitan dengan konvokesyen. salah satu gambar tersebut perlu di lukis di dalam kertas bersaiz A4.


lokasi : DTSP. ini ialah gambar konvokesyen yang saya pilih.


belum siap lagi



lukisan siap dilukis

Assignment 4 - Urbanity

untuk projek ini, kami dibahagikan dengan beberapa kumpulan. setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang. tugasan ini dilakukan diluar iaitu di Penang Times Square. kami perlu mengatur 'countdown' dengan aktiviti mengunakan BST, topeng dan kotak balon sepanjang 'Youth Jam 2010'.



Antara gambar sepanjang kami berada di Penang Times Square mencari bahan untuk projek ini.






semua bahan yang kami dapat ini, perlu ditunjukkan menggunakan microsoft power point

Monday, August 16, 2010

Assignment 3C : 6-Balloon Black Bamboo Box

khamis
12 ogos

Projek ini mengkehendaki pelajar membuat satu kotak hitam yang boleh diisi dengan 6 balon. balon tersebut diisi dengan gas helium. balon yang berada di dalam kotak itam perlu di lepaskan satu persatu.

bahan-bahan yang telah saya gunakan untuk membuat kotak ialah:

1. buluh
2. 'masking tape'
3. dawai
4. player
5. sugar paper
6. gam
7. pisau
8. gergaji


proses merangka kotak hitam menggunakan dawai





menampal sugar paper di rangka yang telah siap




kotak hitam siap di bina




kotak hitam di bawa ke dalam bas USM




kotak hitam berada di pintu dewan kuliah



kotak hitam di letakkan di studio


Assignment 3B : My Black Box

jumaat
6 ogos

'My Black Box' adalah tugasan memerlukan pelajar melukis sesuatu yang dianggap adalah kotak hitam di dalam persepsi pelajar itu sendiri.

kotak hitam yang telah saya lukis ini mempunyai isi tersirat dan tersurat.


Apa yang saya cuba paparkan di dalam lukisan ini ialah satu kotak yang terapung di dalam air yang disinari oleh cahaya. warna ungu di dalam lukisan ini menunjukkan bukit dan manakala yang berwarna hijau adalah awan.



isi tersirat berdasarkan lukisan ini ialah seorang wanita yang lemas di dalam laut, di mana rambutnya menunjukkan dia terkapai-kapai di permukaan air untuk menyelamatkan diri.



matahari cuba menyelamatkannya dengan menyuluh cahaya arah tempat yang selamat. bukit dan awan dalam kesedihan menyaksikan satu nyawa dalam awangan.

'My Black Box' yang saya lukis ini adalah situasi yang semulajadi apabila memori fikiran saya cuba meramal satu perkara yang mungkin akan terjadi.


Assignment 3A : Casket4me

rabu
4 ogos

tugasan ini memerlukan pelajar mereka peti mati untuk sendiri. peti mati tersebut mesti mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkan iaitu:

1. rekaan peti mati sendiri
2. berpakaian kain sarong di dalam peti mati
3. jika peti mati diperbuat daripada buluh
4. 6 orang membawa peti mati

kesemua lakaran tersebut disiapkan di dalam kertas A3.


lakaran peti mati


berpakaian kain sarong di dalam peti mati


peti mati di perbuat daripada buluh


6 orang mengusung peti mati


lakaran di dalam kertas A3

Human Dimension

isnin
2 ogos

latihan ini di lakukan di dalam dewan kuliah. pelajar perlu menggunakan jengkal untuk mengukur keseluruhan tubuh manusia. kadar yang telah di tetapkan iaitu 1:10, 1:50, 1:100.





seterusnya pelajar di minta melakar sebanyak yang mungkin segi empat tepat yang bertindih dengan beberapa ciri iaitu:

1. opaque
2. transluscent
3. transparent
4. shadow
5. shade
6. overlap


The Black Parade

jumaat
30 julai

the black parade adalah cara untuk menghantar topeng yang telah siap. pelajar di minta berjalan keliling HBP dan di penghujung jalan pelajar perlu menanda kehadiran. seterusnya pelajar ke sesi fotografi.


Berjalan mengelilingi HBP


menuju ke pondok untuk menanda kehadiran


beratur menanda kehadiran


sesi fotografi beramai-ramai dengan memakai topeng