jumaat
6 ogos
'My Black Box' adalah tugasan memerlukan pelajar melukis sesuatu yang dianggap adalah kotak hitam di dalam persepsi pelajar itu sendiri.
kotak hitam yang telah saya lukis ini mempunyai isi tersirat dan tersurat.

Apa yang saya cuba paparkan di dalam lukisan ini ialah satu kotak yang terapung di dalam air yang disinari oleh cahaya. warna ungu di dalam lukisan ini menunjukkan bukit dan manakala yang berwarna hijau adalah awan.

isi tersirat berdasarkan lukisan ini ialah seorang wanita yang lemas di dalam laut, di mana rambutnya menunjukkan dia terkapai-kapai di permukaan air untuk menyelamatkan diri.

matahari cuba menyelamatkannya dengan menyuluh cahaya arah tempat yang selamat. bukit dan awan dalam kesedihan menyaksikan satu nyawa dalam awangan.
'My Black Box' yang saya lukis ini adalah situasi yang semulajadi apabila memori fikiran saya cuba meramal satu perkara yang mungkin akan terjadi.
No comments:
Post a Comment