Sunday, October 24, 2010

Half Dome


24/10/2010 kami menyiapkan assemble dome, kami dapat siapkan separuh dome, itu merupakan pencapaian yang membanggakan kerana setiap pelajar memberi kerjasama dalam menyiapkan dome yang besar ini.

Pada waktu sebelah pagi dari awal pagi hingga jam 12pm




Jam 12pm kami makan tengah hari di subaidah di belanja oleh Dr Ilias. Terima kasih dr. Ilias




Dome assemble dimulakan semula pada jam 2.30pm










9c P0sTeR

Di sebalik poster ini, kami terapkan beberapa element yang berunsurkan 3D yang dapat dilihat dengan memakai kaca mata 3D


secrifire, passion, onenes, serve,...

cermin mata 3D




Saturday, October 23, 2010

7B Scafold & Gangplank

22/10/2010 semua student HBP perlu menyiapkan strut dan strut individu perlu di periksa untuk memastikan panjang yang di tetapkan setiap strut adalah sama mengikut huruf buluh masing-masing.


beratur mengikut giliran untuk pemeriksaan buluh


beratur panjang




Friday, October 22, 2010

Complete struts

20/10/2010 lagi sekali buluh dari site di bawa ke HBP, hampir
3 kali angkutan buluh dibawa. kami juga memastikan strut individu untuk section 4 mengikut standard yang ditetapkan.





kami section 4 group


naik lori ramai-ramai, angkat buluh yang berada di site masuk lori




memang gayat, tapi seronok


DyMaXion

Tugasan ini saya lakukan dengan perasaan yang teruja kerana setelah siap dymaxion ini saya dapat lihat kepelbagaian assignment sepanjang saya berada di USM. Kami di minta memilih 5 assignment yang terbaik untuk di tampal di dymaxion. gambar tersebut bercirikan 'collage'.

Saya gunakan A4 paper yang bergambar assignment dan print berwarna.
A4 paper yang digunakan ialah Glosary paper



untuk menampal kertas gambar, saya menggunakan gam double side


tampuk hijau di bahagian bucu dymaxion merupakan kemuncak mencapai assignment yang terbaik.



Dymaxion siap, hampir kesemua kenangan berada di USM dapat dilihat di dymaxion yang berwarna warni ini.





9B 1500 wOrds pApEr

Mind Shift

Awakening as One

Bangkit dengan Tauhid

We're fast asleep in a box!

Time for talk alone is dying; we need to unite, share, serve & see change.

Ahli kumpulan saya terdiri daripada:

MUHAMMAD SAFWAN B. KAMARUDIN 107304

NOOR AZIM B. KASROH 107313

RAHIM B. SALLEH 107348

AHMAD FADLI B. ARIF 107231

MUHAMMAD AKMAL B. ZULKAFLI 107298

Masa untuk berbicara sendirian itu mati. Boleh dikatakan kenyataan tersebut begitu benar. ‘ because we al need somebody to lean on’. Bagai bait-bait indah dalam lirk lagu yang telah dinyanyikan oleh Bill Withers, “Lean On Me”, ‘ sometimes in our lives, we all have pain, we all have sorrow, but if we are wise, we know that there’s always tomorrow’. Hari demi hari sedang kita sibuk dengan aktiviti-aktiviti dan rutin-rutin yang berbagai, banyak situasi dan masalah yang harus kita tempuhi tidak kiralah masalah kecil mahupun besar, dari hanya sekadar memkirkan baju apa yang hendak dipakai sehinggalah masalah atau isu yang jauh lebih besar termasuk isu politik dan hal ehwal dunia. Benar kadang-kala kita dapat duduk dan memikirkan masalah-masalah ini sendirian sambil hanya merungut di dalam hati. Namun tiada salahnya jika kita berbicara lalu berkongsi sedikit kerunsingan yang kita hadapi itu dengan orang lain tidak kiralah siapa pun, ahli keluarga, sahabat handai malah dengan orang yang tidak pernah kita kenali juga boleh kita kongsi seperti di “chat room” atau laman forum di internet. Sungguhpun ada kalanya berbual dengan orang lain tidak dapat menyelesaikan masalah kita, namun kita dapat rasakan seperti sesuatu beban telah dilepaskan dari bahu kita.

Kita sebenarnya adalah umat yang kuat dan teguh jika kita bersatu membentuk satu jemaah seperti satu cogan kata iaitu ‘Bersatu teguh, bercerai roboh’. Dari cogan kata ini sendiri mengatakan jika kita tidak bersatu, maka binasalah kita. Jadi sebagai umat islam, kita perlu bersatu dan berhenti melakukan perbalahan antara kita sendiri sedangkan mereka(Zionist dan Amerika) gelak ketawa melihat kita bergaduh sesama sendiri. Umat Islam hari ini perlu mengubah pemikiran kita dari seorang individu kepada satu jemaah yang teguh. Dengan cara ini ‘mereka’ akan gentar kerana ‘mereka’ telah melakukan pelbagai cara untuk membalahkan sesama kita.

Secara definisinya bersatu bererti satu tidak terpisah-pisah, tidak mementingkan kelompok, golongan intarsi.sekiranya kita bersatu namun membezakan antara kelompok, golongan dan lain-lain, bukaknkah hasilnya menciptakan dekriminasi? Walaupun psikologi-psikologi timur banyak menaruh perhatian pada alam kesedaran dan hukum-hukum yang mengatur perubahannya. Psikologi ini juga mengandungi teori-teori keperibadian yang cukup jelas.tujuan dari psikollogi-psikologi timur adalah mengubah kesedaran seseorang agar mampu melampaui batas-batas yang diciptakan oleh kebiasaan-kebiasaan yang membentuk keperibadian orang itu. Dalam hal ini, setiap keperibadian perlu mengatasi rintangan-rintangan yang berbeza untuk membebaskan diri dari batas-batas ini.

Di samping itu, pendekatan psikologi_psikologi timur didasarkan pada introspeksi dan pemikiran diri sendiri yang menuntut banyak tenaga. Berbeza dengan psikologi-psikologi barat yang lebih bersandarkan pada observasi tingkah laku. Apa yang dapat disimpulkan bahawa psikologi-psikologi barat pada hakikatnya merupakan suatu reaksi terhadap kehidupan yang dilihat sebagai penuh dengan penderitaan dan kekecewaan. Secara umumnya untuk mengatasi penderitaanyang dianjurkan oleh psikologi-psikologi barat ini adalah disiplin dan kawalan diri yang dapat memberikan kepada yang mengupayakan iaitu sesuatu perasaan estetik yang tidak terbatas dan hanya dapat ditemukan dalam diri yang bebas dari sifat-sifat negetif keperibadian itu.

Al- nadwi merupakan seorang pemikir islam yang ulung. Beliau dilahirkan pada Muharram 1332(1914 M) di rai breiley, India dan meninggal dunia dalam usia 85 tahun pada 23 ramdhan 1420H bersamaan 31 disember 1999 M dibawah kelahiran juga. Beliau telah menghasilkan lebih 60 buah buku dalam pelbagai islam terutama dalam bidang pemikiran. Salah satu aspek yang sering disuarakan ialah proses pembaratan di dunia Islam dan meterialisme. Antara pengaruh barat yang meluas dalam Negara islam ialah aspek pendidikan. Menurut Al-Nadwi umat Islam perlu membebaskan dari system pendidikan secular atau mengambil sistem pendidikan barat secara total. Menurutnya, sistem pengajian barat merupakan satu usaha mendalam untuk melenyapkan dan membasmi unsure-unsur keislaman. Menurutnya lagi, antara teori yang digunakan dalam sistem pendidikan barat ialah menimbulkan keraguan dan syak kepada kesucian riwayat dan dalil. Oleh itu, jalan terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah umat islam perlu bergerak seiringan bagi merangka semula sistem pendidikan islam walaupun menghadapi kesulitan dan waktu yang panjang.

Berkongsi idea. Dengan berkongsilah kita boleh boleh belajar ilmu kerana berkongsi itu sangat penting. Sebagai umat islam, kita dianjurkan untuk berkongsi kerana berkongsi adalah urat yang penting dalam islam. Islam tidak akan berkembang jika kita ego untuk berkongsi. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri berkongsi untuk menyampaikan wahyu dari Allah s.w.t. kepada umatnya. Baginda telah meninggalkan kerja yang penting kepada kita iaitu berkongsi melalui dakwah untuk menyebarkan islam ke seluruh pelusuk dunia. Dengan dakwahlah Islam dapat berkembang sehingga masa kini. Jika kita lihat agama nabi sebelum ini, tidak dapat berkembang seperti islam kerana nabi mereka tidak meninggalkan kerja seperti nabi Muhammad iaitu dakwah . Agama terdahulu terkubur dengan sendiri selepas nabi mereka meninggal dunia.

Jika kita melihat pada masa lampau, tokoh-tokoh islam terdahulu berkongsi idea walaupun terdapat bercanggah pendapat. Mereka tidak kedekut terhadap ilmu mereka bahkan mereka mahu mengajar dan ingin berkongsikan ilmu mereka kepada umat islam.Mereka juga menulis buku sebagai satu cara untuk berkongsi ilmu mereka. Pada zaman inilah kegemilangan Islam dijulang dan dapat menakluk dua pertiga dunia. Kita perlu belajar sejarah dahulu dan mencontohi tokoh-tokoh Islam terdahulu jika kita ingin mengembalikan zaman kegemilang Islam.

Dalam konteks membentuk ummah, umat islam yang ada pada hari ini hendaklah bersedia bersatu dan berkongsi segala kekuatan yang ada. Kita tentu pernah dengar tentang perkongsian idea dan teknologi, bakal mencorakkan segalanya. Kekuatan ummat islam akan kembali terserlah apabila kekuatan sains dan teknologi dikongsi bersama. Bak kata pepatah “ Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.Oleh itu, kita perlu sedia berkongsi dari apa jua perkara untuk menyerlahkan sinar Islam dimata dunia.

Sejak dari azali lagi, kehidupan manusia di muka bumi ini telah ditetapkan oleh tuhan yang maha esa untuk mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya. Dalam suruhannya mengalakkan umatnya bekerja dengan berkhidmat untuk mencari rezeki yang halal, nescaya kehidupan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Berkhidmat boleh ditakrifkan sebagai sumbangan hasil kerja mahupun dari segi fizikal dan mental. Pelbagai cara untuk mencapai perkhidmatan berkualiti yang sentiasa meyakinkan orang ramai. Antaranya ialah berkhidmat dengan ikhlas, menyemai keyakinan untuk berkhidmat hingga mencapai kejayaan, menerapkan semangat berkhidmat untuk negara dan berkhidmat dengan amanah.

Setiap perkhidmatan yang kita sumbangkan perlu disulami dengan keikhlasan. Niat yang ikhlas untuk berkhidmat, dapat memudahkan dan melancarkan urusan kerja. Perkhidmatan yang ikhlas dengan memberi kerjasama dan saling membantu dalam perkara-perkara yang baik dan berfaedah turut mewujudkan ikatan yang akrab dalam sesuatu kerja. Ikhlas berkhidmat kepada Masyarakat, Jabatan dan Negara serta merasa bangga, yakin sabar dan tenang menghadapi cabaran dan juga sentiasa berusaha menguasai pengaruh sentiment prasangka, hasad dengki mewujudkan perkhidmatan yang berkualiti dan matang.

Selain itu, untuk mencapai kualiti dalam perkhidmatan, kita haruslah menyemai keyakinan untuk berkhidmat hingga mencapai kejayaan. Keyakinan dalam mencapai kejayaan mendorong kita lebih berani menjangkau prestasi yang tinggi. Setiap usaha dengan penuh tanggungjawab, bersemangat berdaya maju dan banyak lagi adalah keyakinan untuk menerjah kejayaan dalam perkhidmatan . Saling membantu dan bekerjasama memastikan kecemerlangan dan kejayaan diri dan negara dicapai.

Berkhidmat untuk Negara juga menjadi cabang dalam mewujudkan perkhidmatan yang berkesan. Berkhidmat untuk Negara adalah nilai penglibatan diri dalam pembangunan Negara. Menyumbangkan khidmat untuk Negara sendiri, bukan sahaja menyumbangkan dari sedi fizikal malah dengan cara menyertai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembagaan. Kita sebagai rakyat yang tinggal di Negara sendiri perlu memainkan peranan dalam pembangunan Negara dan nulai sanggup berkorban untuk Negara sebagai tanda kebaktian untuk Negara. Kesetiaan kepada Negara dan cinta akan Negara adalah cara mudah untuk berkhidmat kepada tanah air yang didiami.

Setiap pekerjaan yang kita lakukan dapat menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku dalam perkhidmatan bagi memenuhi Amanah dalam perkhidmatan mewujudkan manusia yang bertanggujawab, tidak menyeleweng, menyalahguna kuasa dan pecah amanah. Dalam perkhidmatan yang berunsurkan amanah dapat membangunkan diri dan perkhidmatan dapat melalui penghayatan nilai-nilai ilmiah serta menjauhkan diri dari sikap negative yang merugikan.

Konklusinya, setiap perkhidmatan yang kita sumbangkankan perlulah mempunyai etika dan nilai yang baik. Berkhidmat dengan niat yang betul dan sentiasa memainkan peranan yang penting dalam perkhidmatan dapat memastikan kejayaan yang berkualiti dicapai dalam perkidmatan yang disumbangkan.

Manusia sentiasa tertanya-tanya,bagaimanakah seseorang arkitek itu menilai sesuatu yang dilihat melalui mata mereka?Bagaimana mereka mampu jauh melihat sesuatusehinggakan sebuah padang mampu berubah menjadi asas Menara Berkembar Petronas?Melihat dengan mata adalah suatu perkara yang biasa namun ianya luar biasa jika kita mampu melihat dengan minda dan mata hati.Insan yang berjaya ialah mereka yang berani untuk melihat perubahan.Bagi mereka,perubahan pasti akan berlaku tidak kiralah sama ada kita rela menerimanya ataupun tidak.Arkitek professional melihat perubahan dari pelbagai sudut.Mereka melihat perubahan yang telah berlaku,sedang berlaku, serta tidak ketinggalan mereka juga mampu melihat perubahan yang mungkin bakal berlaku.Dengan kemampuan inilah maka barulah wujudnya di muka dunia ini berbagai-bagai jenis bangunan dan ciptaan yang menakjubkan.Binaan Piramid di Mesir merupakan salah satu contoh untuk mereka yang ingin melihat perubahan yang telah berlaku.Kita semua tahu bahawa tapak Piramid dahulunya hanyalah padang pasir yang gersang dan kering kontang secara amnya.Namun, para arkitek Mesir dahulu kala telah mampu mengubahnya menjadi sebuah tempat yang bakal menjadi sejarah dan tumpuan dunia.Mereka adalah merupakan antara golongan manusia yang mampu malihat dengan cara yang luar biasa.Selain itu,kita juga harus sentiasa melihat perubahan yang sedang berlaku sekarang.Apakah sesuatu perubahan yang terjadi itu lebih menjurus ke arah kebaikan ataupun keburukan?Adakah pembinaan Burj Dubai telah menjadikan hidup rakyat UAE semakin mewah atau hanya sekadar merendahkan lagi taraf sosioekonomi mereka?Arkitek berjaya senantiasa prihatin akan perubahan-perubahan sebegini agar mereka tidak melakukan kesilapan yang sama kelak.Hanya setelah kita mampu melihat perubahan yang telah berlaku dan sedang terjadi maka dengan itu barulah kita layak untuk cuba melihat perubahan yang bakal berlaku yakni peringkat yang paling sukar.Ramai pelapis generasi muda pada hari ini telah merasa kegagalan kerana kebanyakkannya melihatnya dari segi fantasi dan bukan logic akal.Benar,gagal itu tidak salah namun sekiranya gagal akibat angan-angan yang melampau adalah amat berbahaya.Arkitek yang ikhlas dan cemerlang sentiasa melihat perubahan yang bakal dilakukannya pada masa depan mampu menyenangkan manusia dan melestarikan a’lam.Pelbagai jenis faktor yang harus dinilai dengan sebaiknya terlebih dahulu ketika kita sedang melihat perubahan.Segalanya mungkin dan boleh terjadi dengan kuasa melihat.

9A abStrAct

Mind Shift

Awakening as One

Bangkit dengan Tauhid

We're fast asleep in a box!

Time for talk alone is dying; we need to unite, share, serve & see change.

Adakah kita masih boleh tidur nyenyak lagi sedangkan kita dikawal oleh pemikiran barat yang mempunyai konspirasi tersendiri. Mereka begitu pandai dan melakukannya secara halus sehingga kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya dikawal dari pelbagai aspek. Kaum manusia masa kini pula sibuk berusaha untuk meniru mereka dari segi berpakaian sehinggalah kepada cara hidup sedangkan kita mempunyai ajaran islam yang telah Nabi Muhammad S.A.W. tinggalkan Al-quran dan As-sunnah sebagai sumber utama kita untuk dirujuk. Kita perlu mengubah cara fikiran kita daripada terikut kepada pemikiran barat yang sengaja untuk mengongkong. Kita perlu wujudkan satu pemikiran baru yang boleh melampaui mereka dan membuat mereka seperti tidak wujud.

Pemikiran ini perlu jauh berbeza dari pemikiran barat yang hanya memikirkan tentang duniawi sahaja. Mereka hanya mementingkan tentang ekonomi dan kuasa mereka sahaja. Jadi kita perlu berfikir sesuatu supaya tidak terikut dengan konspirasi jahat mereka. Kita sebenarnya adalah umat yang kuat dan teguh jika kita bersatu membentuk satu jemaah seperti satu cogan kata iaitu ‘Bersatu teguh, bercerai roboh’. Dari cogan kata ini sendiri mengatakan jika kita tidak bersatu, maka binasalah kita. Jadi sebagai umat islam, kita perlu bersatu dan berhenti melakukan perbalahan antara kita sendiri sedangkan mereka(Zionist dan Amerika) gelak ketawa melihat kita bergaduh sesama sendiri. Umat Islam hari ini perlu mengubah pemikiran kita dari seorang individu kepada satu jemaah yang teguh. Dengan cara ini ‘mereka’ akan gentar kerana ‘mereka’ telah melakukan pelbagai cara untuk membalahkan sesama kita.

Selain itu, kita boleh mewujudkan pemikiran baru dengan berkongsi idea. Berkongsi adalah satu kata yang diistilahkan daripada kata kerja gotong-royong iaitu berkongsi tenaga bakal memudahkan kerja. Dengan berkongsi segalanya akan mudah terlaksana.dalam konteks membentuk ummah, umat islam yang ada pada hari ini hendaklah bersedia bersatu dan berkongsi segala kekuatan yang ada. kita tentu pernah dengar tentang perkongsian idea dan teknologi, bakal mencorakkan segalanya. Kekuatan ummat islam akan kembali terselah apabila kekuata sains dan teknologi dikongsi bersama. Bak kata pepetah “ Bulat air kerana pembentung, bukat manusia kerana muafakat.

Kegemilang islam seharusnya dikembalikan . Kita perlu sama- sama bersedia bagi mengubah segala-galanya” pembonzaian fikrah” perlu kita bebaskan dan sama-sama kita bina kekuatan supaya kegemilangan dapt kita serlahkan. Segala kelemahan kita cerakinkan dan kita maju dengan satu langkah yang padu. Hari esok pasti akan bersinar lagi untuk sama-sama kita hayati.

Thursday, October 7, 2010

BIG (Bamboo Interest Group)

4 oktober 2010, Studio RUS 101 membincangkan tentang BIG. Pelajar tahun 1 membanjiri penbincangan tersebut dan ada beberapa yang lain turut datang mendengar perbincangan. Pensyarah-pensyarah juga hadir dalam memeriahkan perbincangan.

Cik Wan memulakan perbincangan dengan menerangkan BiG, dan kelebihan yang terdapat pada buluh diikuti dengan persoalan yang penting ' kenapa memilih buluh?' hal ini terjawab dengan penerangan dari Cik Wan tersebut:

-Buluh mempunyai ketahanan dalam penyesuaian bangunan.

-Sumber mencapai kelestarian

-Kekuatan yang luar biasa

-Membantu dalam kemiskinan

-Mengurangkan kesan pemanasan global

Wednesday, September 22, 2010