Friday, October 22, 2010

9B 1500 wOrds pApEr

Mind Shift

Awakening as One

Bangkit dengan Tauhid

We're fast asleep in a box!

Time for talk alone is dying; we need to unite, share, serve & see change.

Ahli kumpulan saya terdiri daripada:

MUHAMMAD SAFWAN B. KAMARUDIN 107304

NOOR AZIM B. KASROH 107313

RAHIM B. SALLEH 107348

AHMAD FADLI B. ARIF 107231

MUHAMMAD AKMAL B. ZULKAFLI 107298

Masa untuk berbicara sendirian itu mati. Boleh dikatakan kenyataan tersebut begitu benar. ‘ because we al need somebody to lean on’. Bagai bait-bait indah dalam lirk lagu yang telah dinyanyikan oleh Bill Withers, “Lean On Me”, ‘ sometimes in our lives, we all have pain, we all have sorrow, but if we are wise, we know that there’s always tomorrow’. Hari demi hari sedang kita sibuk dengan aktiviti-aktiviti dan rutin-rutin yang berbagai, banyak situasi dan masalah yang harus kita tempuhi tidak kiralah masalah kecil mahupun besar, dari hanya sekadar memkirkan baju apa yang hendak dipakai sehinggalah masalah atau isu yang jauh lebih besar termasuk isu politik dan hal ehwal dunia. Benar kadang-kala kita dapat duduk dan memikirkan masalah-masalah ini sendirian sambil hanya merungut di dalam hati. Namun tiada salahnya jika kita berbicara lalu berkongsi sedikit kerunsingan yang kita hadapi itu dengan orang lain tidak kiralah siapa pun, ahli keluarga, sahabat handai malah dengan orang yang tidak pernah kita kenali juga boleh kita kongsi seperti di “chat room” atau laman forum di internet. Sungguhpun ada kalanya berbual dengan orang lain tidak dapat menyelesaikan masalah kita, namun kita dapat rasakan seperti sesuatu beban telah dilepaskan dari bahu kita.

Kita sebenarnya adalah umat yang kuat dan teguh jika kita bersatu membentuk satu jemaah seperti satu cogan kata iaitu ‘Bersatu teguh, bercerai roboh’. Dari cogan kata ini sendiri mengatakan jika kita tidak bersatu, maka binasalah kita. Jadi sebagai umat islam, kita perlu bersatu dan berhenti melakukan perbalahan antara kita sendiri sedangkan mereka(Zionist dan Amerika) gelak ketawa melihat kita bergaduh sesama sendiri. Umat Islam hari ini perlu mengubah pemikiran kita dari seorang individu kepada satu jemaah yang teguh. Dengan cara ini ‘mereka’ akan gentar kerana ‘mereka’ telah melakukan pelbagai cara untuk membalahkan sesama kita.

Secara definisinya bersatu bererti satu tidak terpisah-pisah, tidak mementingkan kelompok, golongan intarsi.sekiranya kita bersatu namun membezakan antara kelompok, golongan dan lain-lain, bukaknkah hasilnya menciptakan dekriminasi? Walaupun psikologi-psikologi timur banyak menaruh perhatian pada alam kesedaran dan hukum-hukum yang mengatur perubahannya. Psikologi ini juga mengandungi teori-teori keperibadian yang cukup jelas.tujuan dari psikollogi-psikologi timur adalah mengubah kesedaran seseorang agar mampu melampaui batas-batas yang diciptakan oleh kebiasaan-kebiasaan yang membentuk keperibadian orang itu. Dalam hal ini, setiap keperibadian perlu mengatasi rintangan-rintangan yang berbeza untuk membebaskan diri dari batas-batas ini.

Di samping itu, pendekatan psikologi_psikologi timur didasarkan pada introspeksi dan pemikiran diri sendiri yang menuntut banyak tenaga. Berbeza dengan psikologi-psikologi barat yang lebih bersandarkan pada observasi tingkah laku. Apa yang dapat disimpulkan bahawa psikologi-psikologi barat pada hakikatnya merupakan suatu reaksi terhadap kehidupan yang dilihat sebagai penuh dengan penderitaan dan kekecewaan. Secara umumnya untuk mengatasi penderitaanyang dianjurkan oleh psikologi-psikologi barat ini adalah disiplin dan kawalan diri yang dapat memberikan kepada yang mengupayakan iaitu sesuatu perasaan estetik yang tidak terbatas dan hanya dapat ditemukan dalam diri yang bebas dari sifat-sifat negetif keperibadian itu.

Al- nadwi merupakan seorang pemikir islam yang ulung. Beliau dilahirkan pada Muharram 1332(1914 M) di rai breiley, India dan meninggal dunia dalam usia 85 tahun pada 23 ramdhan 1420H bersamaan 31 disember 1999 M dibawah kelahiran juga. Beliau telah menghasilkan lebih 60 buah buku dalam pelbagai islam terutama dalam bidang pemikiran. Salah satu aspek yang sering disuarakan ialah proses pembaratan di dunia Islam dan meterialisme. Antara pengaruh barat yang meluas dalam Negara islam ialah aspek pendidikan. Menurut Al-Nadwi umat Islam perlu membebaskan dari system pendidikan secular atau mengambil sistem pendidikan barat secara total. Menurutnya, sistem pengajian barat merupakan satu usaha mendalam untuk melenyapkan dan membasmi unsure-unsur keislaman. Menurutnya lagi, antara teori yang digunakan dalam sistem pendidikan barat ialah menimbulkan keraguan dan syak kepada kesucian riwayat dan dalil. Oleh itu, jalan terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah umat islam perlu bergerak seiringan bagi merangka semula sistem pendidikan islam walaupun menghadapi kesulitan dan waktu yang panjang.

Berkongsi idea. Dengan berkongsilah kita boleh boleh belajar ilmu kerana berkongsi itu sangat penting. Sebagai umat islam, kita dianjurkan untuk berkongsi kerana berkongsi adalah urat yang penting dalam islam. Islam tidak akan berkembang jika kita ego untuk berkongsi. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri berkongsi untuk menyampaikan wahyu dari Allah s.w.t. kepada umatnya. Baginda telah meninggalkan kerja yang penting kepada kita iaitu berkongsi melalui dakwah untuk menyebarkan islam ke seluruh pelusuk dunia. Dengan dakwahlah Islam dapat berkembang sehingga masa kini. Jika kita lihat agama nabi sebelum ini, tidak dapat berkembang seperti islam kerana nabi mereka tidak meninggalkan kerja seperti nabi Muhammad iaitu dakwah . Agama terdahulu terkubur dengan sendiri selepas nabi mereka meninggal dunia.

Jika kita melihat pada masa lampau, tokoh-tokoh islam terdahulu berkongsi idea walaupun terdapat bercanggah pendapat. Mereka tidak kedekut terhadap ilmu mereka bahkan mereka mahu mengajar dan ingin berkongsikan ilmu mereka kepada umat islam.Mereka juga menulis buku sebagai satu cara untuk berkongsi ilmu mereka. Pada zaman inilah kegemilangan Islam dijulang dan dapat menakluk dua pertiga dunia. Kita perlu belajar sejarah dahulu dan mencontohi tokoh-tokoh Islam terdahulu jika kita ingin mengembalikan zaman kegemilang Islam.

Dalam konteks membentuk ummah, umat islam yang ada pada hari ini hendaklah bersedia bersatu dan berkongsi segala kekuatan yang ada. Kita tentu pernah dengar tentang perkongsian idea dan teknologi, bakal mencorakkan segalanya. Kekuatan ummat islam akan kembali terserlah apabila kekuatan sains dan teknologi dikongsi bersama. Bak kata pepatah “ Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.Oleh itu, kita perlu sedia berkongsi dari apa jua perkara untuk menyerlahkan sinar Islam dimata dunia.

Sejak dari azali lagi, kehidupan manusia di muka bumi ini telah ditetapkan oleh tuhan yang maha esa untuk mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya. Dalam suruhannya mengalakkan umatnya bekerja dengan berkhidmat untuk mencari rezeki yang halal, nescaya kehidupan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Berkhidmat boleh ditakrifkan sebagai sumbangan hasil kerja mahupun dari segi fizikal dan mental. Pelbagai cara untuk mencapai perkhidmatan berkualiti yang sentiasa meyakinkan orang ramai. Antaranya ialah berkhidmat dengan ikhlas, menyemai keyakinan untuk berkhidmat hingga mencapai kejayaan, menerapkan semangat berkhidmat untuk negara dan berkhidmat dengan amanah.

Setiap perkhidmatan yang kita sumbangkan perlu disulami dengan keikhlasan. Niat yang ikhlas untuk berkhidmat, dapat memudahkan dan melancarkan urusan kerja. Perkhidmatan yang ikhlas dengan memberi kerjasama dan saling membantu dalam perkara-perkara yang baik dan berfaedah turut mewujudkan ikatan yang akrab dalam sesuatu kerja. Ikhlas berkhidmat kepada Masyarakat, Jabatan dan Negara serta merasa bangga, yakin sabar dan tenang menghadapi cabaran dan juga sentiasa berusaha menguasai pengaruh sentiment prasangka, hasad dengki mewujudkan perkhidmatan yang berkualiti dan matang.

Selain itu, untuk mencapai kualiti dalam perkhidmatan, kita haruslah menyemai keyakinan untuk berkhidmat hingga mencapai kejayaan. Keyakinan dalam mencapai kejayaan mendorong kita lebih berani menjangkau prestasi yang tinggi. Setiap usaha dengan penuh tanggungjawab, bersemangat berdaya maju dan banyak lagi adalah keyakinan untuk menerjah kejayaan dalam perkhidmatan . Saling membantu dan bekerjasama memastikan kecemerlangan dan kejayaan diri dan negara dicapai.

Berkhidmat untuk Negara juga menjadi cabang dalam mewujudkan perkhidmatan yang berkesan. Berkhidmat untuk Negara adalah nilai penglibatan diri dalam pembangunan Negara. Menyumbangkan khidmat untuk Negara sendiri, bukan sahaja menyumbangkan dari sedi fizikal malah dengan cara menyertai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembagaan. Kita sebagai rakyat yang tinggal di Negara sendiri perlu memainkan peranan dalam pembangunan Negara dan nulai sanggup berkorban untuk Negara sebagai tanda kebaktian untuk Negara. Kesetiaan kepada Negara dan cinta akan Negara adalah cara mudah untuk berkhidmat kepada tanah air yang didiami.

Setiap pekerjaan yang kita lakukan dapat menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku dalam perkhidmatan bagi memenuhi Amanah dalam perkhidmatan mewujudkan manusia yang bertanggujawab, tidak menyeleweng, menyalahguna kuasa dan pecah amanah. Dalam perkhidmatan yang berunsurkan amanah dapat membangunkan diri dan perkhidmatan dapat melalui penghayatan nilai-nilai ilmiah serta menjauhkan diri dari sikap negative yang merugikan.

Konklusinya, setiap perkhidmatan yang kita sumbangkankan perlulah mempunyai etika dan nilai yang baik. Berkhidmat dengan niat yang betul dan sentiasa memainkan peranan yang penting dalam perkhidmatan dapat memastikan kejayaan yang berkualiti dicapai dalam perkidmatan yang disumbangkan.

Manusia sentiasa tertanya-tanya,bagaimanakah seseorang arkitek itu menilai sesuatu yang dilihat melalui mata mereka?Bagaimana mereka mampu jauh melihat sesuatusehinggakan sebuah padang mampu berubah menjadi asas Menara Berkembar Petronas?Melihat dengan mata adalah suatu perkara yang biasa namun ianya luar biasa jika kita mampu melihat dengan minda dan mata hati.Insan yang berjaya ialah mereka yang berani untuk melihat perubahan.Bagi mereka,perubahan pasti akan berlaku tidak kiralah sama ada kita rela menerimanya ataupun tidak.Arkitek professional melihat perubahan dari pelbagai sudut.Mereka melihat perubahan yang telah berlaku,sedang berlaku, serta tidak ketinggalan mereka juga mampu melihat perubahan yang mungkin bakal berlaku.Dengan kemampuan inilah maka barulah wujudnya di muka dunia ini berbagai-bagai jenis bangunan dan ciptaan yang menakjubkan.Binaan Piramid di Mesir merupakan salah satu contoh untuk mereka yang ingin melihat perubahan yang telah berlaku.Kita semua tahu bahawa tapak Piramid dahulunya hanyalah padang pasir yang gersang dan kering kontang secara amnya.Namun, para arkitek Mesir dahulu kala telah mampu mengubahnya menjadi sebuah tempat yang bakal menjadi sejarah dan tumpuan dunia.Mereka adalah merupakan antara golongan manusia yang mampu malihat dengan cara yang luar biasa.Selain itu,kita juga harus sentiasa melihat perubahan yang sedang berlaku sekarang.Apakah sesuatu perubahan yang terjadi itu lebih menjurus ke arah kebaikan ataupun keburukan?Adakah pembinaan Burj Dubai telah menjadikan hidup rakyat UAE semakin mewah atau hanya sekadar merendahkan lagi taraf sosioekonomi mereka?Arkitek berjaya senantiasa prihatin akan perubahan-perubahan sebegini agar mereka tidak melakukan kesilapan yang sama kelak.Hanya setelah kita mampu melihat perubahan yang telah berlaku dan sedang terjadi maka dengan itu barulah kita layak untuk cuba melihat perubahan yang bakal berlaku yakni peringkat yang paling sukar.Ramai pelapis generasi muda pada hari ini telah merasa kegagalan kerana kebanyakkannya melihatnya dari segi fantasi dan bukan logic akal.Benar,gagal itu tidak salah namun sekiranya gagal akibat angan-angan yang melampau adalah amat berbahaya.Arkitek yang ikhlas dan cemerlang sentiasa melihat perubahan yang bakal dilakukannya pada masa depan mampu menyenangkan manusia dan melestarikan a’lam.Pelbagai jenis faktor yang harus dinilai dengan sebaiknya terlebih dahulu ketika kita sedang melihat perubahan.Segalanya mungkin dan boleh terjadi dengan kuasa melihat.

No comments:

Post a Comment