Mind Shift
Awakening as One
Bangkit dengan Tauhid
We're fast asleep in a box!
Time for talk alone is dying; we need to unite, share, serve & see change.
Adakah kita masih boleh tidur nyenyak lagi sedangkan kita dikawal oleh pemikiran barat yang mempunyai konspirasi tersendiri. Mereka begitu pandai dan melakukannya secara halus sehingga kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya dikawal dari pelbagai aspek. Kaum manusia masa kini pula sibuk berusaha untuk meniru mereka dari segi berpakaian sehinggalah kepada cara hidup sedangkan kita mempunyai ajaran islam yang telah Nabi Muhammad S.A.W. tinggalkan Al-quran dan As-sunnah sebagai sumber utama kita untuk dirujuk. Kita perlu mengubah cara fikiran kita daripada terikut kepada pemikiran barat yang sengaja untuk mengongkong. Kita perlu wujudkan satu pemikiran baru yang boleh melampaui mereka dan membuat mereka seperti tidak wujud.
Pemikiran ini perlu jauh berbeza dari pemikiran barat yang hanya memikirkan tentang duniawi sahaja. Mereka hanya mementingkan tentang ekonomi dan kuasa mereka sahaja. Jadi kita perlu berfikir sesuatu supaya tidak terikut dengan konspirasi jahat mereka. Kita sebenarnya adalah umat yang kuat dan teguh jika kita bersatu membentuk satu jemaah seperti satu cogan kata iaitu ‘Bersatu teguh, bercerai roboh’. Dari cogan kata ini sendiri mengatakan jika kita tidak bersatu, maka binasalah kita. Jadi sebagai umat islam, kita perlu bersatu dan berhenti melakukan perbalahan antara kita sendiri sedangkan mereka(Zionist dan Amerika) gelak ketawa melihat kita bergaduh sesama sendiri. Umat Islam hari ini perlu mengubah pemikiran kita dari seorang individu kepada satu jemaah yang teguh. Dengan cara ini ‘mereka’ akan gentar kerana ‘mereka’ telah melakukan pelbagai cara untuk membalahkan sesama kita.
Selain itu, kita boleh mewujudkan pemikiran baru dengan berkongsi idea. Berkongsi adalah satu kata yang diistilahkan daripada kata kerja gotong-royong iaitu berkongsi tenaga bakal memudahkan kerja. Dengan berkongsi segalanya akan mudah terlaksana.dalam konteks membentuk ummah, umat islam yang ada pada hari ini hendaklah bersedia bersatu dan berkongsi segala kekuatan yang ada. kita tentu pernah dengar tentang perkongsian idea dan teknologi, bakal mencorakkan segalanya. Kekuatan ummat islam akan kembali terselah apabila kekuata sains dan teknologi dikongsi bersama. Bak kata pepetah “ Bulat air kerana pembentung, bukat manusia kerana muafakat.
Kegemilang islam seharusnya dikembalikan . Kita perlu sama- sama bersedia bagi mengubah segala-galanya” pembonzaian fikrah” perlu kita bebaskan dan sama-sama kita bina kekuatan supaya kegemilangan dapt kita serlahkan. Segala kelemahan kita cerakinkan dan kita maju dengan satu langkah yang padu. Hari esok pasti akan bersinar lagi untuk sama-sama kita hayati.
No comments:
Post a Comment